G-Shock Afieys Afiniey |
Dah-2 la tengok jam ni............aku tahu la jam ni comel...haha......... gurau jer lah.......
jom ar baca puisi ni ngan aku............
Dengan mata dan hati aku tenung satu tuju
Jauh samar-samar
Bak pulau diselimuti kabut
Dengan mata dan hati aku uraikan kabut
Aku atur langkah strategi
Aku cari ikhtiar praktikal
Aku cekalkan hati
Aku yakinkan diri
........kerana aku tahu jalan ke situ penuh liku
......mungkin juga ranjau merintangi lalu
Tapi ......aku siap siaga
.......aku penuhkan isi dada
......aku pegang contoh perkasa
.....aku tak rela berputih mata
Kerana ia bukan dihempaskan atas pundakku
Kerana ia kemahuan hatiku
Kerana ia impianku
Kerana ia melukiskan harga diriku
Itulah wawasan diriku
yang aku tenung dengan mata dan hatiku