Datuk Dolhi bingung, sedih dan menyesal apabila mengenangkan 5 orang
anaknya yang tidak berminat untuk menyambung tugasnya dalam bidang
perniagaan. Datuk Dolhi mempunyai seorang isteri iaitu Datik Tominah dan
5 orang anak, 4 lelaki dan seorang perempuan. Anak sulungnya Hasnol
seorang Pegawai Tadbir Diplomatik yang telah berkahwin dan mempunyai
anak. Amira satu-satunya anak gadis Datuk Dolhi merupakan seorang guru.
Tiga anak lelaki yang lain ialah Ilham, Mukhlis dan Dani. Ilham
merupakan peminat seni, bergiat dalam bidang sastera dan pencinta alam.
Mukhlis pula seorang pendakwah yang tidak bekerja dan Dani merupakan
seorang artis. Datuk Dolhi pernah berkahwin dengan wanita berketurunan
arab dan mempunyai seorang anak lelaki tetapi dirahsiakan daripada
keluarganya.
BAB 2
Albert Lee menelefon Datuk Dolhi
dan berbincang tentang agenda pada petang itu. Mereka bercakap tentang
Tuan Syed yang telah ke Kanada kerana projek Hidroelektrik di Kemuning.
Prinsip hidup Datuk Dolhi ialah kerja keras. Baginya bekerja keras akan
membuatkannya segar dan muda. Orang yang banyak berfikir tidak akan
menjadi pelupa dan nyanyuk. Petang itu Datuk Dolhi berjoging dengan
Albert. Sementara itu Datin Tominah berborak melalui telefon dengan
rakan-rakanya yang terdiri daripada datin-datin. Semasa berjoging Datuk
Dolhi dan Albert berbincang tentang keistimewaan kelab-kelab. Mereka
juga bercakap tentang hasrat untuk menjodohkan Amera dan Robert dan
tentang anak-anak yang tidak ingin terlibat dengan perniagaan. Datuk
Dolhi sesak dada ketika berlari dan berhenti rehat.
BAB 3
Suasana agak sibuk di Wisma Datuk Dolhi. Datuk Dolhi mendapat panggilan
telefon daripada Wahi yang berada di Hiroshima. Wahi memberitahu dia
tertarik akan cara orang Jepun melayan pelanggan dan cara pembungkusan.
Rozie (setiausaha Datuk Dolhi) memberitahu agenda pada hari itu,
temujanji dengan Raj Hussein wakil Romaco Consultan. Pada waktu petang
pula ada ceramah membangunkan usahawan. Sejak akhir-akhir ini Datuk
Dolhi sering memberikan ceramah kepada usahawan muda dan pelajar. Datuk
Dolhi imbas kembali tanggapan peserta seminar tentang modal dan
perniagaan. Lamunannya terhenti apabila setiausahanya memberitahu Puan
Raj Hussein dan Cik Emrita menunggu di ruang tamu. Rozie juga
memberitahu Datin Tominah menelefon untuk mengajak Datuk Dolhi ke
pertunjukkan Busana Islam. Pada waktu tengahari Datuk Dolhi pulang ke
rumah. Sambil menunggu makanan dihidangkan dia meneruskan pembacaannya.
BAB 4
Datuk Dolhi memberi ceramah kepada para pelajar usahawan muda di
Institut Perdagangan Usahawan. Datin Tominah mengajak Datuk Dolhi ke
pertunjukkan Busana Islam. Datuk Dolhi mengeluh kerana anak-anak tidak
berminat dalam bidang perniagaan. Datuk Dolhi mengutamakan barangan
tempatan. Datuk Dolhi tidak berminat akan pertunjukkan fesyen. Masa dua
jam di pertunjukkan itu dirasa lama oleh beliau. Datin Tominah
berbincang dengan suaminya tentang hasratnya untuk membuka butik busana
Islam. Namun begitu Datuk Dolhi seakan tidak berminat dan tidak yakin
akan keupayaan isterinya dan rakan-rakannya. Manakala di luar rumah Dani
sedang memetik gitar. Ilham mencatat sesuatu di meja batu di bawah
pohon matsui. Amera berada di ruang tamu sedang menyemak buku anak-anak
muridnya. Mukhlis pula sedang beratib di dalam bilik. Datuk Dolhi dan
Datin Tominah masuk ke dalam rumah.
BAB 5
Dani
dan Ilham berbincang tentang lagu baru yang akan dinyanyikan oleh
Dani.Ilham menegur lirik lagu Dani yang dianggap tidak intelektual.
Ilham mencadangkan agar Dani mengambil puisi-puisinya supaya dilagukan
tetapi Dani menganggap lagu puisi tidak akan maju. Ilham mendeklamasikan
sajak Nyanyian Rimba dan sajak ciptaanya sendiri iaitu Tembang
Burung-burung. Tiba-tiba Amera datang. Bagi Amera orang seni hanya
kenyang dengan kata-kata tetapi perut lapar. Baginya orang yang
membangunkan dunia bukan orang seni tetapi orang sains, ekonomi dan
lain-lain. Amera bertengkar dengan Ilham sedangkan Dani buat tidak endah
dan terus memetik gitarnya. Amera tidak suka akan sikap Ilham yang
tidak bekerja dan mengharapkan orang tua. Bagi Ilham dia mempunyai
perjuangannya sendiri untuk membela alam sekitar demi kesinambungan
generasi akan datang. Amera mahu adiknya itu bekerja di syarikat
ayahnya. Apabila Amera beredar Ilham bercakap pula dengan Dani. Dani
tidak mahu campurtangan hal Ilham dan kakaknya. Dia bahagia dengan
dunianya sendiri. Ilham berpendapat rockers meruntuhkan budaya Melayu.
Amera memandang Ilham di taman keseorangan dari jendela.
BAB 6
Pagi minggu Hasnol datang ke rumah Datuk Dolhi tanpa isteri dan
anak-anaknya. Datuk Dolhi mengagak ada sesuatu yang tidak kena dengan
Hasnol. Datuk Dolhi bertanya Hasnol tentang hasratnya iaitu agar Hasnol
mengambil alih syarikat tetapi Hasnol menolak dengan alasan sayang akan
pencen dan isterinya yang suka jika dia kerja kerajaan. Datuk Dolhi
memaklumkan mungkin perniagaannya akan jatuh ke tangan orang lain jika
adik-beradiknya tidak berminat. Hasnol memberitahu hasratnya untuk
meminjam duit sebanyak sepuluh ribu daripada Datuk Dolhi. Datuk Dolhi
bertegas mengatakan bidang perniagaan akan memperoleh pendapatan yang
tidak terhad berbanding kerja kerajaan. Cara hidup Hasnol macam jutawan
tidak disenangi Datuk Dolhi. Albert pernah ingin menjodohkan Hasnol
dengan anaknya Elain. Datin Tominah menghentikan lamunan Datuk Dolhi.
Mereka bercakap tentang hasrat Albert yang ingin sangat berbesan dengan
mereka. Mungkin ada niat di sebaliknya. Mereka berharap agar Amera
mendapat jodoh yang sesuai. Tiba-tiba Datin Tominah menyebut nama Wahi.
Baginya Wahi seorang yang agak baik dan menjadi harapan Datuk Dolhi.
Namun sepantas kilat Datuk Dolhi melenting. Datin Tominah tidak faham
tetapi hanya diam.
BAB 7
Datuk Dolhi menerima
faks yang dihantar oleh Wahi. Wahi mencadangkan agar Dolhi-Albert
melaksanakan kawalan mutu menyeluruh seperti yang dilakukan di Jepun.
Rozie berpendapat rancangan Wahi adalah bijak. Datuk Dolhi mengarahkan
Rozie mengemukakan cadangan kepada pihak pengurusan dan pegawai kanan.
Datuk Dolhi teringatkan anak-anaknya yang tidak seperti Wahi. Dia
teringatkan Mukhlis. Keadaan Mukhlis yang tidak terurus bersandar di
tiang masjid dengan berserban dan berjubah. Beliau teringat pula kepada
Wahi. Datuk Dolhi ada rahsia dengan Wahi. Datuk Dolhi yang menyuruh Wahi
meningkatkan pengalaman di Jepun. Datuk Dolhi terbayang sejarah negara
Jepun dan berpendapat Jepun menang perang ekonomi berbanding
negara-negara seperti Perancis, Inggeris dan Soviet. Datuk Dolhi
berpendapat orang Islam menganggap Islam cukup sempurna tetapi tidak
berbuat apa-apa untuk menerapkan Islam dalam kehidupan. Rozie
memberitahu kehadiran Mukhlis. Datuk Dolhi mengharapkan Mukhlis menjadi
eksekutif niaga tetapi Mukhlis menjadi pendakwah. Mukhlis memberitahu
hasratnya untuk meminjam wang kerana ingin berdakwah di India.
BAB 8
Kepulangan Datuk Dolhi disambut dengan senyuman oleh Amera. Amera
memberitahu dia telah dipilih sebagai pendidik terbaik di seluruh
negeri. Datuk Dolhi mengucapkan tahniah dan tidak teruja dengan berita
itu. Dia juga ingin Amera bekerja di syarikatnya. Amera tidak berminat
untuk menjadi jutawan dan hanya ingin hidup sederhana sahaja. Dia juga
menolak Robert. Datuk Dolhi menganggap dirinya gagal kerana tidak
berjaya melahirkan ahli perniagaan dan usahawan dalam kalangan ahli
keluarga. Mukhlis pulang bersama-sama dengan tiga lagi rakan dakwahnya
dengan sebuah kereta Mercedes. Mereka memberitahu Datuk Dolhi bahawa
mereka ingin berdakwah ke seluruh dunia bulan depan. Mereka meminta agar
Datuk Dolhi mengeluarkan biaya. Mereka berpendapat Datuk Dolhi
antidakwah.Datuk Dolhi memberi kebenaran kepada Mukhlis untuk berdakwah
bersama-sama kawan-kawannya. Salah seorang rakan Mukhlis iaitu Saiful
Bahari (yang membawa kereta) ialah anak Tan Sri Mokhtar Latif. Ayahnya
memberi sokongan akan perjuangan dakwahnya. Bagi mereka kerja sekarang
penuh riba dan maksiat. Datuk Dolhi menempelak mereka. Kalau bapa mereka
tidak bekerja keras bagaimana mereka boleh membawa kereta Mercedes itu.
Datuk Dolhi dan Tan Sri Mokhtar Latif merupakan contoh usahawan Islam
yang berjaya. Mereka terpaksa bersaing dengan orang bukan Islam untuk
menegakkan kuasa ekonomi. Jika hidup tidak tentu hala bermakna Islam
hanya tinggal nama. Pemuda-pemuda itu meninggalkan rumah Datuk Dolhi
dengan perasaan sebal. Mereka gagal memujuk Datuk Dolhi untuk
mendapatkan biaya. Mereka bercerita tentang isteri ustaz mereka yang
berkahwin lagi dan menceraikan isterinya yang bernama Hanisah. Tuk
gurunya yang sebaya dengan bapanya sibuk berdakwah manakala bapanya
sibuk berniaga. Tuk gurunya berkahwin empat manakala ayahnya masih setia
dengan ibunya. Mukhlis terasa tersepit di tengan-tengah. Datuk Dolhi
menghadiri majlis anugerah kecemerlangan Amera yang juga dihadiri oleh
Timbalan Menteri Tugas-tugas Khas. Dalam ucapannya Amera mengucapkan
terima kasih kepada kedua-dua ibu bapanya.
BAB 9 Amera
mendapat penggilan telefon mengucapkan tahniah daripada seseorang yang
tidak dikenali. Dia juga mendapat ucapan tahniah daripada Dani dan
mendapat sejambak bunga daripada seseorang yang tidak dikenali melalui
florist. Amera menghubungi Mekar Florist yang menghantar bunga itu. Mary
memberitahu dia tidak mengenali siapa yang menghantar. Dani mengusik
Amera agar Amera tidak memilih kerana nanti jadi andartu. Dani mengajak
Datin Tominah menghadiri pelancaran albumnya. Inem pembantu rumah
Indonesia memohon untuk berhenti kerja daripada Datin Tominah. Datin
Tominah ingin mengetahui sebabnya tetapi tidak diberitahu oleh Inem.
Seminggu kemudian Datin Tominah menerima surat daripada Inem memberitahu
bahawa Ilham pernah masuk ke biliknya. Inem tidak mahu kemungkaran
berlaku, sebab itulah dia berhenti. Datin Tominah runsing kerana sukar
mencari pembantu rumah sekarang. Kalau tiada pembantu rumah dia akan
penat dengan kerja dapur. Hasnol telefon untuk meminjam wang. Datin
kecewa apabila Hasnol melepaskan gagang telefon selepas dia tidak
bersetuju memberikan wang kepada Hasnol.
BAB 10
Berita pernikahan Mukhlis melalui kawannya mengejutkan Datuk Dolhi.
Mukhlis yang tidak bekerja tiba-tiba berkahwin merisaukan Datuk Dolhi.
Dulu Hasnol mengambil keputusan untuk berkahwin dengan isterinya Linda
juga agak tergesa-gesa. Datin Tominah mengucap berkali-kali apabila
mendengar berita itu. Mereka suami isteri inginkan satu majlis
perkahwinan yang penuh adat istiadat. Mukhlis berada di Sungai Bakau
perkampungan jemaahnya. Datuk Dolhi bertambah berang apabila membaca
surat daripada Inem. Ilham berada di Sarawak membentangkan kertas kerja
tentang masalah hutan dan isu pembalakan. Dengar ceritanya mereka akan
menganjurkan tunjuk perasaan dan akan tinggal bersama-sama orang asli.
Datuk Dolhi ada saham dalam syarikat pembalakan itu. Albert menelifon
dari Kucing memberitahu dia ternampak Ilham bersama-sama orang asli
menghalang penebangan hutan. Albert menyatakan akan bekerjasama dengan
pihak polis. Datuk Dolhi mengurut dadanya sebak memikirkan anak-anaknya.
Datuk Dolhi teringatkan Wahi yang begitu tekun. Anak muda itu tinggal
bersama-sama neneknya setelah ibunya meninggal ketika melahirkannya.
Datuk Dolhi memberikan bantuan kepadanya. Dia rindu ingin bercakap-cakap
dengan Wahi.
BAB 11 Memandangkan masalah yang timbul
disebabkan oleh Ilham Datuk Dolhi ingin ke Ikebukuro, Jepun tempat Wahi
berada. Dia ingin berehat. Dia ingin Albert yang mengambil tindakan
terhadap masalah yang ada. Datin Tominah terkejut dengan keputusan Datuk
Dolhi yang ingin bercuti tiba-tiba. Datu Dolhi berlepas ke Tokyo malam
itu. Dia mengosongkan fikirannya dan melupakan semua masalah buat
sementara waktu. Ketika dalam penerbangan fikiran datuk Dolhi menerawang
ke zaman silamnya. Sebelum berkahwin dengan Datin Tominah dia pernah
bercinta dengan Mastura sejak di kampus. Tetapi malangnya apabila tamat
pengajian dia dikahwinkan dengan Datin Tominah oleh kedua-dua ibu
bapanya. Selepas setahun berkahwin dengan Datin Tominah Datuk Dolhi
berkahwin dengan Mastura secara diam-diam. Dia memperoleh anak lelaki
sulung, namun Mastura meninggal. Anaknya tinggal dengan neneknya.
Mukhlis sugul kerana tidak disangka Hanisah janda Tok Guru ada tiga
orang anak. Dia rasa bebannya kerana terpaksa menjaga anak-anak tirinya.
Hanisah ingin Mukhlis bekerja untuk membiayai anak-anak. Mukhlis
bekerja di kilang dengan gaji lima ringgit sehari. Mukhlis pulang ke
rumah dan memohon maaf daripada ibunya. Ibunya menasihati agar Mukhlis
menjaga isteri dan anak-anak tirinya dengan baik. Hasnol pula ingin
Linda meminta duit daripada bapanya bagi menyelesaikan masalah
kewangannya. Hasnol memberi cadangan agar dia berhenti kerja dan bekerja
di syarikat ayahnya tetapi tidak disetujui oleh Linda.
BAB 12
Amera ke Kelab Mawar untuk bertemu dengan peminat misteri selama ini.
Alangkah terperanjat apabila melihat orang itu ialah YB Timbalan Menteri
Wahab. Mereka berbual pelbagai topik pada malam itu. YB mempunyai
seorang anak berusia dua tahu manakala isterinya sudah meninggal.
Apabila pulang Datin Tominah bertanyakan Amera. Amera menceritakan
kepada Datin Tominah. Amera gelisah campur gembira. Kumpulan pemuzik
Young Rock Band yang dianggotai oleh Dani akhirnya masuk studio. Album
mereka berjudul Rimba Fikiran. Dani meminta ibu dan kakaknya hadir
ketika majlis pelancaran nanti. Amera menasihati Dani agar menjaga
disiplin dan sentiasa kemas. Bagi Dani penyanyi rock tidak perlu kemas.
Amera diberitahu oleh Dani ada cerita dalam akhbar tentang YB Wahab yang
digosipkan dengan seorang guru. Amera rasa cemas dan berdebar
menyebabkan Dani hairan. Amera mula berfikir-fikir tentang kesannya jika
berhubungan dengan orang politik yang sentiasa sibuk.
BAB 13
Datuk Dolhi agak penat apabila tiba di Lapangan Terbang Narita Jepun
selepas penerbangan selama 7 jam. Ketibaannya disambut oleh Wahid dan
sahabat Jepunnya. Semasa dalam perjalanan ke tempat penginapan mereka
berborak-borak tentang lagu. Datuk Dolhi menyanyikan beberapa buah lagu
Jepun yang digemarinya. Datuk Dolhi menginap di Hotel Tokyo
Metropolitan. Hotel itulah tempat menginap Datuk Dolhi apabila dia
pertama kali ke negara itu. Ketika Datuk Dolhi merenung ke luar bilik
hotel fikirannya bercelaru memikirkan akan cara untuk memberitahu Wahi.
Dia tertanya-tanya apakah Wahi sudah tahu hal yang sebenarnya? Malam itu
ketika mereka sedang minum di restoran cina Datul Dolhi memberiyahu
Wahi bahawa Wahi adalah anaknya. Namun Wahi tidak terkejut kerana dia
telah mengetahui melalui neneknya. Datuk Dolhi terasa amat lega. Pagi
esoknya mereka berdua bersiar-siar di kota dengan menaiki kenderaan
awam. Datuk Dolhi meminta Wahi memanggilnya bapak bukannya Datuk. Datuk
Dolhi meluahkan rasa kecewa terhadap anak-anaknya kepada Wahi. Dia
memberitahu Wahi bahawa sudah sampai masanya rahsia itu didedahkan. Wahi
sanggup menerima apa-apa sahaja tindakbalas daripada ibu tirinya nanti.
BAB 14
Hasnol mengadakan pertemuan sulit dengan Tengku Munir di Teratai Inn.
Semasa pertemuan itu Tengku Munir mengugut akan memusnahkan Hasnol dan
Datuk Dolhi sekiranya tilanydak meluluskan tendernya. Malahan Tengku
Munir akan memberikan tiga ratus ribu sekiranya hasnol membantunya.
Tengku Munir akan menguruskan segala-galanya sekiranya Hasnol bersetuju.
Hasnol pulang ke rumah dengan gembira dan menyuruh isterinya merancang
percutian mereka memandangkan sudah lama mereka tidak bercuti. Manakala
di Sarawak pula pihak berkuasa mencari aktivia barat yang mempengaruhi
orang tempatan agar membina benteng manusia untuk menghalang pembalakan.
Ilham terus memberi ucapan berapi-api membakar semangat penduduk
tempatan. Apabila pihak berkuasa datang Ilham dan konco-konconya
menghilangkan diri. Di rumah Datuk Dolhi pula Hasnol datang membayar
segala hutangnya kepada Datin Tominah yang sebanyak sepuluh ribu. Datuk
Tominah terkejut.
BAB 15
Albert
berbincang-bincang bersama-sama ahli keluarga dan bertanyakan Robert
tentang hubungannya dengan Amera. Bagi Albert perkahwinan anaknya dengan
orang Melayu banyak kelebihannya. Antaranya ialah dapat memperbesar
empayar niaganya dan anaknya nanti akan jadi Melayu. Albert menyatakan
kemusnahan Datuk Dolhi nanti adalah disebabkan oleh anak-anak Datuk
Dolhi. Bagi Albert jika Robert berkahwin dengan Amera mereka berpeluang
mengambilalih syarikat memandangkan anak-anak Datuk Dolhi tidak
berminat. Albert juga menyatakan minatnya dalam politik. Malam itu
Robert menelifon Amera untuk mengajaknya keluar. Amera menolak dengan
alasan ada latihan di sekolah. Robert kecewa.
BAB 16
Datuk Dolhi menyatakan hasratnya untuk bersara kepada Wahi. Dia ingin
Wahi mengambilalih pengurusan syarikat memandangkan anak-anaknya tidak
berminat. Wahi mula rasa terbeban akan tindakan anak-anak Datuk Dolhi
dan kemarahan Datin Tominah. Wahi memberitahu Datuk Dolhi bahawa dia
telah mempunyai pilihan hati, gadis Jepun bernama Yuka. Yuka telah
memeluk Islam dan mempelajari Islam di Kobe. Ayah Yuka pernah terlibat
semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Oleh sebab rasa bersalah kerana
kekejaman Jepun di Tanah Melayu Sakate (bapa Yuka) merestui Yuka dan
Wahi. Semasa penerbangan pulang Datuk Dolhi mengenangkan kisahnya dengan
Mastura (ibu Wahi). Datuk Dolhi tahu di pejabatnya nanti bertimbun
tugasan yang perlu dibereskan.
BAB 17
Ilham
gagal ditangkap oleh pihak berkuasa. Datin Tominah menerima surat
daripada Ilham bercop negara Perancis tetapi tiada alamat. Datin Tominah
menyatakan isi surat itu kepada Datuk Dolhi dan meminta Datuk Dolhi
mencari Ilham, namun tidak diendahkan oleh Datuk Dolhi. Datin Tominah
memberitahu Datuk Dolhi bahawa Hasnol telah memulangkan duit sebanyak
sepuluh ribu, telah bertukar kereta dan akan bercuti ke Eropah. Datuk
Dolhi terkejut. Kisah Mukhlis juga diceritakan kepada Datuk Dolhi. Datuk
Dolhi hanya menempelak dan tidak berhajat untuk membantu. Dani muncul
dengan gaya rockernya. Datuk Dolhi menasihati agar Dani tidak terlibat
dengan dadah. Datuk Dolhi kesal akan masalah dadah yang tidak pernah
selesai. Datuk Dolhi memberitahu Datin Tominah bahawa Wahi akan
berkahwin dengan gadis Jepun. Khabar daripada Datuk Dolhi bahawa Wahi
adalah anaknya mengejutkan semua orang. Selepas Datuk Dolhi menjelaskan
semua perkara kepada keluarganya, baru lapang dadanya. Datin Tominah
menyuruh Hasnol meletak jawatan dan masuk ke syarikat tetapi Hasnol
tidak berminat. Hubungan Datuk Dolhi dan Datin Tominah menjadi renggang.
Datin Tominah bersikap konfrontasi dengan Datuk Dolhi. Dia tidak lagi
menjaga makan dan pakai Datuk Dolhi. Datuk Dolhi tidak menghiraukan
sikap Datin Tominah. Amera tidak bersetuju akan sikap emaknya. Dia
meminta emaknya berbaik semula dengan ayahnya.
BAB 18
Kehadiran rombongan daripada timbalan menteri menggembirakan Datuk
Dolhi. Perkahwinan Amera dan timbalan menteri berjalan lancar. Semasa
majlis perkahwinan tersebut Datuk Dolhi berpeluang bertemu semula dengan
rakan lamanya dan pernah tinggal serumah semasa belajar dulu iaitu
Ustaz Hashim. Ustaz Hashim memberi khabar keadaan Mukhlis yang tidak
terurus dan telah ditinggalkan isterinya setelah isterinya kembali ke
pangkuan bekas suaminya. Kumpulan mereka dalam siasatan pihak berkuasa.
Ustaz Hashim dan Datuk Dolhi pergi ke tempat perkumpulan Mukhlis.
Tergambar kedaifan tempat tersebut dan tidak terurus. Mereka ke rumah
Mukhlis tetapi tidak berpenghuni. Seorang pemuda memberitahu, Mukhlis
telah meninggalkan tempat itu dan menjadi tidak siuman kerana menyerang
tuk guru. Penduduk kampung berhampiran juga pernah ternampak Mukhlis
menghayun pedang. Datin Tominah hanya mampu menitiskan air mata.
BAB 19
Hasnol memaklumkan kepada Datin Tominah, dia akan bercuti sebulan dan
akan ke luar negara. Tengku Munir menelifon Hasnol dengan nada marah.
Dia mahu Hasnol meluluskan semua tender yang diserahkan sebanyak 12.
Hasnol menjadi serba salah. Memandangkan desakan Linda yang mahu Hasnol
ikut sama bercuti, Hasnol mengambil keputusan tidak akan menghiraukan
permintaan Tengku Munir. Tengku Munir berkunjung ke pejabat Menteri
Besar melaporkan rasuah yang telah dilakukan oleh Hasnol. Rumah Datuk
Dolhi diserbu oleh pihak BPR. Wisma Dolhi diserbu wartawan. Telefon
pejabatpun ditutup. Amera menelifon. Datin Tominah meminta suami Amera
menolong tetapi dia tidak dapat menolong. Amera meminta ibunya mencari
peguam yang bagus. Hasnol menelifon. Datin Tominah memujuk Hasnol
pulang. Hasnol memberitahu dia terserempak dengan Ilham di London.
BAB 20
Dani yang akan membuat persembahan pentas pada malam itu agak tidak
bermaya. Rakannya memaklumkan kepada penganjur bahawa Dani mengambil
dadah. Semasa Dani keluar mencari bekalan dis diekori dan tidak pulang
semula untuk membuat persembahan. Penganjur memberitahu penyanyi demam
dan mendapat rawatan di klinik. Penonton mengamuk. Polis tiba
memaklumkan Dani ditangkap. Sekali lagi berita tersiar di akhbar. Datin
Tominah hanya menangis. Dia berasa ingin lari sahaja dari tempat itu.
Jualan album kumpulan Dani terjejas ekora peristiwa itu. Kumpulan mereka
juga digam oleh RTM. Kumpulan Young Rock Bank menendang Dani daripada
kumpulan mereka. Hasnol pulang untuk membersihkan namanya. Dia ditangkap
di lapangan terbang.
BAB 21
Ilham mendalangi
tunjuk perasaan di London anjuran Pertubuhan Alam Sekitar Sedunia. Dia
tidak takut tindakan kerajaan Malaysia terhadapnya dan tetap menentang
walaupun ayahnya sendiri seorang pembalak. Albert Lee sangat marah dan
akan mengambil tindakan. Apabila diberitahu Wahi adalah anak Datuk
Dolhi, Albert Lee rasa tergugat kerana dia maklum akan kehebatan Wahi.
BAB 22
Wahi akan pulang bersama-sama isterinya. Hasnol dibebaskan dengan
jaminan dan diarahkan bercuti sehingga siasatan selesai. Datuk Dolhi
menjamin Dani dan akan memasukkannya ke pusat serenti. Wahi pulang ke
Malaysia dan disambut Datuk Dolhi. Datin Tominah, Hasnol, Amera dan
Dani. Ketika mereka makan malam sekeluarga Datuk Dolhi menerima
panggilan telefon menyatakan Mukhlis kemalangan.
BAB 23
Selepas sembuh Mukhlis dimasukkan ke wad sakit jiwa. Dani pula akan
dimasukkan ke pusat pemulihan apabila kesnya selesai di mahkamah.
Kumpulan rocknya digantung persembahan di tv. Dalam mesyuarat lembaga
pengarah syarikat, Datuk Dolhi mengumumkan bahawa Wahi akan menggantikan
tempatnya. Albert keluar dari bilik mesyuarat. Albert Lee yang tidak
berpuas hati menuduh anak-anak Datuk Dolhi yang menyebabkan syarikat
mereka merosot. Hubungan persahabatan Albert dan Datuk Dolhi rengang.
BAB 24
Datuk Dolhi lega. Yuka ditugaskan di bahagian sumber manusia. Datuk
Dolhi mencadangkan kepada Datin Tominah untuk mengerjakan umrah dan
ziarah. Datuk Dolhi mencari ketenangan dengan mengenang anaknya satu
persatu. Anak-anak yang tinggal dengannya diberi pendidikan sempurna dan
dilimpahi kemewahan. Berbanding Wahi yang hidup serba sederhana tetapi
menjadi pemuda yang berjiwa kental. Dia berharap agar segala kesilapan
akan memantapkan peribadi bagi meneruskan perjuangan hidup.
No comments:
Post a Comment